Welcome to my blog! ( '-') Yeah this is my personal blog, and thanks a lot to beningsann, my sweet friend, the template is supercute.
Oh, please, don't steal anything from here.. This is my only personal blog, and don't forget to follow me! ^ ^
Mungkin bagi sesetengah 'advance user', bila baca tajuk entri ni rasa macam 'klise' sangat..
"Weh..dah takde entri lain ke ko nak tulis? Lajukan Firefox?"
Ya..Tujuan sya tulis ni bukan nak bagi korang-korang yang so called
'advance user' ni baca..tidak sesekali.. Tujuan sya tulis entri ini
adalah untuk para pemula memahami dengan mudah tips-tips yang dapat
membantu mereka ketika diperlukan tanpa perlu merujuk kepada Pakcik
Google lagi. Tambahan pula anda boleh bookmark entri ini kerana setiap
kali (sekiranya) selepas anda format komputer/laptop/netbook anda dan
kembali memasang (install) pelayar web Mozilla Firefox, anda boleh terus
mula meringankan, melajukan, dan 'mengemaskan' tetapan Firefox menjadi lebih baik.
Ini adalah tempat rujukan sya, jadi jika ada yang tidak lengkap, anda
sendiri boleh terus membuat rujukan sendiri di sini -> How To Speed Up Firefox? P/S: Entri ini akan sentiasa dikemaskini supaya anda semua berpuas hati dengannya.
Tips: Kesemua tips di bawah memerlukan untuk anda menaip 'about:config' pada bar alamat (address bar), dan kemudian tekan Enter. Akan keluar satu laman amaran, klik pada "I'll be carefull, I promise!"
Anda boleh terus bermain dengan 'bahasa pengaturcaraan' untuk membuat
modifikasi terhadap pelayar Firefox anda! Memang wujud pertikaian
terhadap cara ini, kerana ada yang mengatakan "Everythings made default
for a reason!". Namun bukankan itu tujuan anda belajar, supaya dapat
memperbaiki bahagian-bahagian yang 'lompang' untuk menjadi lebih baik?
Mengurangkan Penggunaan RAM oleh ciri cache Firefox
1. Setelah anda menaip 'about:config', tekan Enter, salin dan tampal
(copy and paste) kod entri ini -> browser.sessionhistory.max_total_viewer 2. Tetapkan nilainya kepada '0'. 3. Jika ia tiada, anda boleh klik kanan pada mana-mana ruang kosong, pilih New -> Integer -> salin dan tampal kod di atas -> tetapkan nilai kepada 0
Melajukan Loading Page Laman Yang Dilawati
1. Salin dan tampal kod entri tetapan berikut: network.http.pipelining -> ubah tetapan kepada true network.http.proxy.pipelining-> ubah tetapan kepada true network.http.pipelining.maxrequests-> ubah tetapan kepada 10-30.
2. Klik kanan pada mana-mana ruang kosong, pilih New -> Integer -> masukkan entri "nglayout.initialpaint.delay" (tanpa pembuka dan penutup kata) dan masukkan nilainya kepada '0'
3. Klik kanan dan pilih New -> Boolean -> masukkan entri network.dns.disableIPv6 dan masukkan nilainya kepada true
4. Klik kanan dan pilih New -> Boolean -> masukkan entri plugin.expose_full_path dan masukkan nilainya kepada true
5. Klik kanan dan pilih New -> Integer -> masukkan entri content.notify.backoffcountdan masukkan nilainya kepada 5
6. Klik kanan dan pilih New -> Integer -> masukkan entri ui.submenuDelaydan masukkan nilainya
kepada 0
Mengurangkan Penggunaan RAM Kepada 10MB Apabila Firefox Di-Minimize
Tips ini dapat membantu PC anda dengan mengurangkan penggunaan RAM kepada 10MB apabila Firefox di-minimize.
1. Klik kanan dan pilih New -> Boolean -> masukkan entri config.trim_on_minimizedan masukkan nilainya kepada true
Sekarang anda hanya perlu restart Firefox dan rasakan perubahannya.
Terdapat banyak lagi kod entri yang berada dalam pelbagai blog. Ini
merupakan sebahagian kecil darinya. Jika anda rajin, anda boleh membuat
eksplorasi sendiri terhadap tetapan Firefox seperti di atas. Sekian
dahulubuat masa ini.