Welcome to my blog! ( '-') Yeah this is my personal blog, and thanks a lot to beningsann, my sweet friend, the template is supercute.
Oh, please, don't steal anything from here.. This is my only personal blog, and don't forget to follow me! ^ ^
Bagi menjaga komputer senang sahaja
sekiranya ia menjadi satu tabiat. Terdapat beberapa perkara yang ingin
dibincangkan didalam artikel teknik penjagaan komputer ini. Di
harapkan apabila kita sudah baca teknik penjagaan yang mudah ini,
jangka hayat komputer anda akan lebih lama.
Teknik menjaga komputer ini merangkumi beberapa topik utama yang perlu
menjadi perhatian. Topik pertama adalah mengenai masalah habuk. Selepas
itu kita akan berbincang pula mengenai kesan suhu ke atas komputer,
masalah virus, cara penggunaan dan akhir sekali kita akan membincangkan
serba sedikit mengenai cara penyelenggaraan komputer anda dengan betul.
Di harapkan artikel ini akan dapat memantu semua orang dalam teknik
penjagaan komputer yang berkesan. Masalah Habuk
Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini
sentiasa betrada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel
halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang
terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai
jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh
mengakibatkan jangkahayat komputern akan kurang Jenis-jenis habuk yang
lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga
yang masuk ke dalam komputer kita. Cara untuk
menghilangkan habuk senang sahaja. Cara pencegahan, kita perlu tutup
komputer kita jika tidak di gunakan dengan plastik komputer. Cara
rawatan pulak, gunakanlah vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus
cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda
(jangan gunakan yang berkuasa kuat kerana ia boleh merosakkan
komponen-komponen komputer tersebut). Masalah Suhu
Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang
dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan
komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi penentu utama dalam
menentukan jangkahayat sesebuah komputer tersebut. berhati-hati dengan
air dan kelembapan! Air mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak
di ingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi
akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya. AWAS! Jaga-jaga sebelum
terkena. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan
komputer anda jauh dari pancaran matahari. Masalah Virus
Ini merupakan masalah menjadi perbualan yang hangat di internet.
Masalah virus sebenarnya berpunca dari sikap semulajadi manusia yang
akhirnya mengalami kerugian pun manusia juga. Virus amat mudah merebak
melalui internet terutamanya melalui email-email anda. Awas semasa
membuka email dari sumber-sumber yang tidak di kenalpasti
keselamatannya. Virus juga mudah merebak melalui perkongsian disket dan
penggunaan software pirate! Virus akan menyebabkan perjalanan PC anda
akan terganggu atau mengalami kerosakan. Apa
yang boleh anda lakukan untuk mencegah komputer anda dari di jangkiti
virus adalah dengan mendapatkan perisian antivirus terkini dan
senantiasa updatekan perisian anda antivirus anda dengan definasi
virus-virus terkini (biasanya update melalui internet). Terdapat banyak
jenama perisaian antivirus yang terkenal dan boleh di harapkan
(reliable). Di antaranya ialah Norton Anti Virus, PC-Cilin antivirus, Mc
AFee antivirus dan Innoculan antivirus. Anda di syorkan untuk
updatekan definasi virus terkini dari internet sekurang-kurangnya 2
minggu sekali. Beringat sebelum komputer anda terkena virus... Mencegah
lebih baik dari merawati. Masalah Cara Penggunaan
Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen
komputer yang mempunyai jangkahayat yang rendah. Komponen-komponen ini
terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak dan
perlu di gantikan bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse yang
perlu di gantikan pada harga yang mahal sedikit kerana keyboard dan
mouse jenis ini lebih tahan lama dan selesa untuk di gunakan.
Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara menutup
komputer anda dengan betul dengan menekan menu START - SHUT DOWN - OK!
(Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di
syorkan untuk menggunakan menu STANDBY) Maintanence Perkara yang terakhir yang nak dibangkitkan di sini ialah maintainence.
Tujuan maintainance adalah untuk menjadikan komputer anda lebih senang
dan mudah digunakan. Maintanance dibahagikan kepada 2. Yang pertama
adalah secara hardware dan yang kedua ialah software. Bagi hardware,
alatan yang perlu ada ialah skru-driver atau pemutar skru jenis +...
Solution pembersih (mild detergent), Vakum cleaner, CD Cleaner, Floopy
drive cleaner, kain buruk yang lembut serta tidak berbulu. fungsinya
seperti dibawah: Skru driver jenis + - Gunanya untuk membukak PC kita nanti untuk di maintainkan.
Solution pembersih - Gunakan untuk mencuci casing, monitor, keyboard,
mouse, scanner dan apa sahaja yang berpermukaan daripada habuk Vakum cleaner dan berus kering - sedut habuk yang terdapat di dalam komputer dan bilik anda.
Bila sudah siap maintainance bahagian hardware, kita kenalah jalankan
operasi untuk manitainance bahagian software pula. Mula-mula sila delete
(padamkan) fail yang tak perlu. Fail-fail yang tak perlu ini
termasuklah fail-fail yang berakhir dengan .chk , fail-fail log,
fail-fail yang di gunakan sementara (fail-fail temporary).
Deletekan juga cookies atau history - kalau rasa perlu (di dalam
browser internet explorer atau netscape navigator) dan buang program
yang tidak di gunakan lagi (uninstall). Cara untuk uninstall ini
hendaklah menggunakan step yang betul. Sekiranya program tu ada
mempunyai menu uninstall nya sendiri, itu tidak menjadi masalah. tetapi
sekiranya tiada menu uninstall, kenalah klik menu START - SETTINGS -
CONTROL PENAL dan cari menu ADD/REMOVE PROGRAMS. Klik program yang
ingin di buang dan tekan butang Add/Remove. Terakhir sekali ialah jalankan scandisk dan difragmentation. Begitulah langkah-langkah yang harus di lakukan untuk menjaga komputer supaya dalam keadaan baik selalu.